Saturday, February 6, 2010

Lensa KBS 1, 2010

Alhamdulillah..selesai sudah

Seperti yang telah diwar-warkan pada post sebelum ni..KBS siri 1 SKJG telah berlangsung pada hari ni dan selesai mengikut perancangan..Kehadiran murid-murid amat memberangsangkan..Boleh dikatakan hampir 95% hadir dan ini merupakan percentage kehadiran yang terbaik berbanding kehadiran KBS yg lepas..Alhamdulillah..

Kami, Unit j-QAF SKJG ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua guru PI yang sentiasa membantu dan menyokong kami, seiring bergandingan dengan kami dalam memastikan KBS ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

Tidak lupa juga sekalung ucapan terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga yang bekerjasama menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk menjayakan KBS ini..Kami bersyukur dengan respon yang diberikan oleh ibubapa dan penjaga..Ini menunjukkan mereka lebih prihatin dan tidak mengabaikan pendidikan rohani kepada anak-anak mereka..Semoga mereka semua akan menjadi anak-anak yang sloeh dan solehah..amin

Kami akan membuat post-mortem untuk KBS 1 ini untuk mengenal pasti kekuatan yang perlu dimantapkan lagi dan kelemahan serta kekangan yang perlu kami atasi serta memikirkan strategi2 berkesan demi memastikan KBS mencapai objektif yang telah digarapkan oleh kerajaan dengan jayanya..insyaAllah!

Thursday, February 4, 2010

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1

KBS Siri 1, SKJG akan berlangsung pada 6 Februari 2010 (Sabtu) melibatkan semua murid Tahap 1 dan 2 seramai 1176 orang murid bertempat di Surau Ar-Raudhah, SKJG..
Adalah diharapkan KBS ini mencapai objektif seperti yang dirancangkan dan kehadiran murid lebih baik dari tahun-tahun yang lepas..insyaAllah.

Pendahuluan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru j-QAF di atas kerjasama yang tidak berbelah dalam membuat persiapan..Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada semua GPI yang sudi membantu menyumbangkan idea bernas dan tenaga bagi memastikan KBS kali ini lancar..Jazakumullahu khayran kathiira..

Monday, January 11, 2010

Jom Kenal!

UNIT j-QAF, SKJG 2010


PENASIHAT
En. Moktar bin Hasan
(Guru Besar)



PENYELARAS
En. Mohd Nazri b. Mat Isa
(Pendidikan Islam)


SETIAUSAHA
Pn. Rosmaini bt. Abdul Kadir
(Bahasa Arab)



BENDAHARI
Pn. Nurul Atiqah bt. Mohd Din
(Pendidikan Islam)


AJK

En. Ahmad Hairi bt. Mohamed
(Pendidikan Islam)


En. Shahrin Azwan b. Khairuddin
(Pendidikan Islam)


Cik Wan Haryati bt. Wan Isa
(Bahasa Arab)


Pn. Ummi Aishah bt. Ab Motalib
(Pendidikan Islam)


Cik Norhida bt Suid
(Bahasa Arab)

Sunday, January 10, 2010

Bismillahirrahmaanirrahim..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Muhammad SAW..Semoga mendapat limpahan rahmat Yang Maha Kuasa..Dan diberkati seluruh hidup kita..amin

Blog ini merupakan kelahiran semula menggantikan blog lama yang tidak dapat lagi diakses..Mungkin sebab agak lama tidak aktif jadi blog kami yang lama telah suspended..
Maka sebagai inisiatifnya, kami membina blog baru ini dengan harapan dan semangat yang baru..Agar dapat berkongsi sedikit sebanyak aktiviti yang dijalankan oleh kami
mahupun sekolah..