Saturday, February 6, 2010

Alhamdulillah..selesai sudah

Seperti yang telah diwar-warkan pada post sebelum ni..KBS siri 1 SKJG telah berlangsung pada hari ni dan selesai mengikut perancangan..Kehadiran murid-murid amat memberangsangkan..Boleh dikatakan hampir 95% hadir dan ini merupakan percentage kehadiran yang terbaik berbanding kehadiran KBS yg lepas..Alhamdulillah..

Kami, Unit j-QAF SKJG ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua guru PI yang sentiasa membantu dan menyokong kami, seiring bergandingan dengan kami dalam memastikan KBS ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

Tidak lupa juga sekalung ucapan terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga yang bekerjasama menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk menjayakan KBS ini..Kami bersyukur dengan respon yang diberikan oleh ibubapa dan penjaga..Ini menunjukkan mereka lebih prihatin dan tidak mengabaikan pendidikan rohani kepada anak-anak mereka..Semoga mereka semua akan menjadi anak-anak yang sloeh dan solehah..amin

Kami akan membuat post-mortem untuk KBS 1 ini untuk mengenal pasti kekuatan yang perlu dimantapkan lagi dan kelemahan serta kekangan yang perlu kami atasi serta memikirkan strategi2 berkesan demi memastikan KBS mencapai objektif yang telah digarapkan oleh kerajaan dengan jayanya..insyaAllah!

No comments: